saje-saje je..

semalam lek pagi sakura g kat carefor AMPANG. Cari barang skit. tiap-tiap minggu mesti pi.. cari 'stok' makanan n keperluan yang lain.
jalan punye jalan terjumpa la gelang nie, nampak cam biasa tapi sakura suke kaler(colour) white n light brown.



jalan punye jalan lagi, sakura sempat beli "sharpie(permanent marker)" ,pemadam n tak lupe jugak pencuci muke Olay.. heheh


hmm ari Ahad kalu tak de kelas cam 'Boring' sikit.. kadang-kadang pas subuh, tido balik.hmm ape nak buat ek..

Read More......

baju baru..



jangan salah paham neh.. baju sakura yang baru yang hujung skali tue.. yang wane ijau..
import dari ganu tue.. hehe.
macam sesuai je pakai baju nie..

Read More......

imbas kembali oh akuaria..

aduhai akuaria



Nie gambo yang sakura g akuaria ai tu,tapi dah lame r.. Tak silap bulan 4 ai tue emm 30.april 2009.. Bergambar di (kalu tak silap sakura kat )depan pintu kuar akuaria tapi tak perasan lak kalu tue pintu masuk.. heheh maaf ye.. Best gile duk kat dalam tue.. macam duk kat dalam laut je. Pelbagai jenis ikan yang leh tengok.. teruje sangat.Entah bile la dapat g lagi.. heheh akuria tunggu sakura datang lagi ye..



yang kat tas nie lak suasana dalam bas boys..
n
hehe kat bawah nie ialah gambo teacher MCDC yang cute..





heheh perasan betoih r..

Read More......

best lagu nie.. hehe

ha.. nie antare lirik n nasyid kegemaran sakura.. kalu zaman sekolah dulu mmg suke sangat dengar lagu nie.. ntah pe r " kandungan ".. Paper pun lagu nie mmg best.. cme macam 'berjiwa' skit r lagu ye..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

nyanyian kumpulan In Team n tajuk lagu ye..Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

http://www.hijjaz.com.my

Read More......

ai nie macam tencem sangat...hmmm

Macam bese pagi2 jam 7.00 pagi sakura akan start keje.. Alhamdulilah..mood ok lagi..tapi bila menjelma tengahari macam "jem skit".. Sakura sepatutnya jage student girls.. tapi menjelma tengahari.. kene tukar jage student boys.. macam tak terkawal skit nak jage kelakuan boys.. almaklumlah boys nge girls mmg berbeza.

Kadangkale macam rase bersalah teramat sangat.. nak-nak kejadian petang tadi dua student jadi mangsa amarah sakura.. YA ALLAH tolonglah jaga hambamu ini.. Sakura tak suka kene marah so Sakura harap Sakura tak marahkan student Sakura.. cume Sakura nak tegas je..

Orang cakap nak jage anak kene ade kesabaran yang tinggi.. heheh ni mungkin ujian daripada ALLAH.. Sakura suke cakap kat kawan2.. tau tak apedia.. 'Hmm umo baru 23 tahun tapi dah ade 10 orang anak.. semua lak sebaye.. just bulan je lain2..hehe'

"YA ALLAH bagilah aku kesabaran untuk aku terus dapat berbakti kepada para daiMU walaupun dengan ilmu ku yang sedikit ini.. INSYA ALLAH... aku akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.. AMIN..( tolong aminkan jugak ye..)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hmm sepatutnya malam minggu Sakura tak boleh men LAPTOP.. tapi memandangkan mmg TENCEM sangat... rase macam tertekan sangat.. so nak jugak melepaskan sikit..

Kalu "zaman dulu" sakura akan menulis di dalam buku.. tapi sekarang dah tak larat n satu penat n satu lagi macam dah tak larat..

So inilah die.. diari baru sakura.. "OPISAKURA"

ALHAMDULILLAH hilang sikit rase TENCEM kat dade nie.. thank ye sudi bace..
kalu sudi lagi rajin-rajinkan lah NASIHATKAN diri Sakura nie.. dah lame sangat tak de orang nasihatkan..
mak kat ganu.. ayah pun kat ganu.. kat sini cume ade kawan2 je.. tapi sakura arap sangat ade yang sudi tegur kalu sakura ade wat silap.. tapi mmg betol tak semua nasihat yang sakura hundret pecen ikot.. tapi sekurang-kurangnya ade yang sudi menasihati..

ok lah.. gare-gare rase TENCEM nie.. sakura belom ag mandi.. huh.. k.la.. dah teramat lewat nie.. ok cau.. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Read More......

iman semut dan iman manusia..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Renungan Bersama
Iman Semut Vs Iman Manusia

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...

di ambil dari blog lain.. hehe tapi tk ingat blog mane..

Read More......

purdah

hmm cantikkan.. sakura suke tgok orang pakai purdah.. kat MCDC ade tiga orang teacher yang pakai purdah.. nothing to say.. sori ya

Read More......

Islamic Greeting Card

Read More......

mUkJiZaT CiNtA

Alhamdulillah antara BUAH TANGAN yang sakura bawa dari kampung ialah yang paling glamour KEPOK LEKO LOSONG , KEPOK SIRE ( BERLADA ),KEPOK KEPING , JERUK PEDAS PELAM , BAHULU , dan jugak sebuah novel yang sempat di beli di salah satu cawangan kedai buku tertua di GANU (JENDELA ILMU ENT juga merupakan bekas tempat keje sakura).

Novelnya bertajuk MUKJIZAT CINTA yang di karang oleh penulis indonesia iaitu Muhammad Masykur A.R.Said. Novel ini adalah salah satu novel terbitan
GLOBAL AKSARA COMMUNICATION SDN.BHD dan diedarkan oleh AR-RISALAH PRODUCT SDN.BHD.
Harganya RM 25.90..

Banyak part yang boleh diambil untuk di renung sedalam2nya.. bak kata TAUFIQURRAHMAN AL-AZIZI(pengarang best seller kitab cinta yusuf dan zulaikha)
" nilai-nilai agama novel ini adalah sangat berharga bagi sesiapa yang rajin mengambil hikmah daripada setiap bacaan. Pembaca akan benar-benar mersakan kesejukan yang mententeramkan jiwa dan menikmati keseluruhan cerita di dalam novel yang memiliki kekuatan skip yang menakjubkan."

Novel ini juga telah ditayangkan di PAWAGAM oleh PT. PIRAMID CITRA PERKASA Jakarta,Indonesia.

Kandungan nye adalah berkisar tentang CINTA KEPADA SAHABAT,CINTA WANITA-WANITA YANG BERHATI MULIA , CINTA SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA,dan yang paling agung CINTA KEPADA RABB.


Novel ini mengisahkan tentang mereka yang memilih hidup dengan hanya berpegang teguh pada kesucian hati dan cinta sejati yang tidak terbatas dan membutakan. Hasilnya mereka menemui kekuatan luar biasa yang mampu mentemteramkan jiwa. Inilah yang di sebut CINTA TERINDAH.
Bagaimana pula dengan pembaca sekalian?
Adakah anda hidup dengan prinsip tersebut...? hehe
apelagi selamat membaca r..

Read More......

oh..




alhamdulillah.. lebih kurang jam 5.30am, kami(sakura n abang) selamat sampai di kuala lumpur.. syukur kerana segala urusan ALLAH permudahkan.. aku juga selamat sampai di MCDC..

Read More......