mUkJiZaT CiNtA

Alhamdulillah antara BUAH TANGAN yang sakura bawa dari kampung ialah yang paling glamour KEPOK LEKO LOSONG , KEPOK SIRE ( BERLADA ),KEPOK KEPING , JERUK PEDAS PELAM , BAHULU , dan jugak sebuah novel yang sempat di beli di salah satu cawangan kedai buku tertua di GANU (JENDELA ILMU ENT juga merupakan bekas tempat keje sakura).

Novelnya bertajuk MUKJIZAT CINTA yang di karang oleh penulis indonesia iaitu Muhammad Masykur A.R.Said. Novel ini adalah salah satu novel terbitan
GLOBAL AKSARA COMMUNICATION SDN.BHD dan diedarkan oleh AR-RISALAH PRODUCT SDN.BHD.
Harganya RM 25.90..

Banyak part yang boleh diambil untuk di renung sedalam2nya.. bak kata TAUFIQURRAHMAN AL-AZIZI(pengarang best seller kitab cinta yusuf dan zulaikha)
" nilai-nilai agama novel ini adalah sangat berharga bagi sesiapa yang rajin mengambil hikmah daripada setiap bacaan. Pembaca akan benar-benar mersakan kesejukan yang mententeramkan jiwa dan menikmati keseluruhan cerita di dalam novel yang memiliki kekuatan skip yang menakjubkan."

Novel ini juga telah ditayangkan di PAWAGAM oleh PT. PIRAMID CITRA PERKASA Jakarta,Indonesia.

Kandungan nye adalah berkisar tentang CINTA KEPADA SAHABAT,CINTA WANITA-WANITA YANG BERHATI MULIA , CINTA SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA,dan yang paling agung CINTA KEPADA RABB.


Novel ini mengisahkan tentang mereka yang memilih hidup dengan hanya berpegang teguh pada kesucian hati dan cinta sejati yang tidak terbatas dan membutakan. Hasilnya mereka menemui kekuatan luar biasa yang mampu mentemteramkan jiwa. Inilah yang di sebut CINTA TERINDAH.
Bagaimana pula dengan pembaca sekalian?
Adakah anda hidup dengan prinsip tersebut...? hehe
apelagi selamat membaca r..

0 ulasan: