sekadar renungan..

alhamdulillah allah pertemukan kita kembali..

alhamdulillah cuti sekolah kali ini di isi dengan kelas pembelajaran al-quran.. banyak jugak yang ku belajar.. banyak jugak yang ku silap rupanya.. thank Amirah..

berakhirlah kelas tue tadi.. sakura pasti merindui tunjuk ajar dari Amirah.. sebutannya ku kira amat jelas.. cemburu ku pada dirinya kerana pada usia 18 tahun, beliau dapat mengajar kami semua.

artikal nie di edar semalam.. sekadar renungan di kala kelapangan..

JANGAN MEREMEHKAN AMALAN YANG KECIL.
DARI : UMMU IHSAN.

ALLAH SWT menciptakan kita sebagai hamba yang sejati untuk kita menegakkan ubudiyah ( perhambaan ).

Tiada istilah rehat di dunia ini. Dalam islam juga tiada istilah bermalas-malasan dan hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah. Adakah manusia dapat berehat? Seorang mu'min itu hanya berehat setelah dia menjejak syurga.

*Ibnu Taimiyah berkata ibadah itu luas.

Takrif ibadah :
Meliputi apa-apa yang di cintai dan di redhai ALLAH baik ucapan ataupun perbuatan sama ada zahir dan batin.

Jadilah seperti 'Tafaqquh Fiddin' iaitu seorang yang ingin belajar dan lebih mendalami islam( Deen ). Orang yang mengisi masanya dengan ibadah itulah orang yang faham islam.

*Imam Nawawi berkata,
Seorang suami yang bermesra dengan isteri juga dikira ibadah.

ALLAH membuka pitu kebaikan seluas-luasnya dan selebar-lebarnya untuk semua hamba-NYA.

Islam adalah pembawa rahmat bagi seluruh alam dan islam bukan pembawa kesulitan.

*Firman ALLAH,
"Kami tidah menurunkan AL-QURAN ini kepadamu agar kamu menjadi susah"

*Hadith :
"Barangsiapa yang ALLAH kehendak kebaikan maka ALLAH beri kefahaman tentang agama kepadanya."

"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, kami berikan kehidupan yang baik baginya."

Jaminan daripada ALLAH bagi yang ISTIQOMAH dalam agama ialah kebaikan hidup.

ILMU ADALAH CAHAYA.

*Nasihat RASULULLAH s.a.w,
"Manusia sentiasa lalai dan 2 nikmat yang selalu manusia lalai,
1. Waktu sihat 2. Waktu lapang.
- tidak banyak orang menghitung amalan
- tidak banyak orang menghitung dosa
- banyak orang melalaikan ibadah

Setiap muslim mesti sentiasa ingat pesanan Nabi s.a.w, "Iaitu perguna yang lima sebelum yang lima,
1. masa mudamu sebelum tuamu
2. masa sihatmu sebelum sakitmu
3. masa kayamu sebelum miskinmu
4. masa lapangmu sebelum masa sempitmu
5. msasa hidupmu sebelum matimu."

Pergunakanlah masa mudamu dengan sebaik-baik sebelum tua. ALLAH ciptakan manusia dalam keadaan lemah. Hidup ini adalah kesempatan maka gunakanlah masa itu sebaik-baiknya. Kehidupan manusia adalah mengisi diantara dua masa iaitu,
1. Mengisi masa lalu dengan bertaubat dan banyak beristigfar.
2. Mengisi masa akan datang dengan niat yang baik dan amal soleh.
Yang susah ialah, bagaimana mengisi waktu yang dijalani masa sekarang ini.

DARI JAHAT KEPADA BAIK( ALHAMDULILLAH )
DARI BAIK KEPADA JAHAT ( NA'UZUBILLAH)

Tingkatan tertinggi ialah :

ISLAM - IMAN - IHSAN (melakukan ibadah seperti ALLAH melihatnya)

Itu semua bergantung pada hati setiap manusia sama ada ikhlas pada ALLAH ataupun tidak.Setiap apa yang dilakukan mu'min hendaklah sentiasa dikaitkan hidupnya dengan akhirat. Barang siapa beribadat dengan tujuan hidupnya untuk akhirat maka ALLAH akan memberi kekayaan dalam hatinya dan ALLAH akan permudahkan segala hidupnya( urusannya ).

*Hadith;
"Sungguh menakjubkan urusan bagi orang mu'min apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur dan apabila dia mendapat musibah atau ujian, dia bersabar." Ini adalah kerana ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia.

Barangsiapa jadikan dunia ini sebagai tujuan hidupnya, maka ALLAH akat menyulitkan urusannya, ALLAH akan menjadikan mereka fakir dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina.

*ALLAH berfirman,
"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami ( ALLAH ) tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan dunia Kami berikan sebahagian darinya ( keuntungan dunia ), tetapi dia tidak akan dapat bahagian di akhirat". < SURAH ASY-SYURA 42:20>

Dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang ditakdirkan ALLAH kepada hambanya. Tidak akan ada orang yang mati kecuali sempurna semua rezekinya.

*Hadith,
"Janganlah meremehkan amalan sekalipun ianya amalan yang kecil".

Ingatlah bahawa syurga ALLAH itu terlalu mahal untuk di beli dengan amal.
- perdagangan ALLAH itu mahal
- Perdagangan ALLAH itu syurga

Tiada orang akan masuk syurga kerana amal walaupun Nabi s.a.w. Syurga itu terlalu mahal. Kalu di timbang nikmat yang ALLAH baei belum cukup untuk masuk syurga.

Dengan rahmat ALLAH kita dapat masuk syurga. Jangan remehkan walaupun satu kebaikan. Ada amalan besar bawa orang ke Neraka dan ada amalan kecil/ temeh ia masuk syurga.

Ada ornag masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing.
Ada orang masuk syurga sebab membuang duri di jalan.

Bukan amal yang membawa seseorang itu ke syurga tetapi dengan 'rahmat' ALLAH yang membawa seseorang itu ke syurga.

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manafaat kepada manusia lain.Setiap perbuatan dengan nait yang ikhlas dan menikut sunnah Nabi s.a.w adlah ibadah dan mendapat pahala daripadanya.

**contohnya;

seseorang yang hidup memikirkan - tidak mendapat pahala.
apa yang masuk ke dalam mulut
maka ia tidak lebih dari yang
keluar membuang.

tetapi jika makan dengan niat - akan dapat pahala.
kerana ALLAH untuk kuat dan
sihat agar mendapat tenaga
untuk beribadah.

SyAitan itu tidak pernah tidur , tidak pernah letih, dan tidak pernah berputus asa.Syaitan boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat syaitan.

Manusia itu lemah , hanya pertolongan ALLAH boleh menjauhkan syaitan dari dirinya.

*nabi s.a.w "ibadath yang palingALLAH sukai adalah yang berterusan ( istiqomah )biarpun sedikit".

Syaitan tidak dapat menyesatkan orang yang ikhlas dan istiqomah dalam ibadahnya.

0 ulasan: