PETIKAN DARI BUKU BUNGA KEBAHAGIAN BHG 1

“… Anugerah sekebun bunga dari taman iman, inilah kebahagiaan sebenar”

Judul buku : BUNGA KEBAHAGIAAN

Terbitan : ANBAKRI PUBLIKA sdn.bhd

Harga : RM 20.00

Muka surat : 197

Karya : Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat


Perkahwinan adalah penawar terbaik untuk mengubati jiwa yang kesunyian . sesungguhnya perkahwinan adalah salah satu perkara yang sangat di benci syaitan apabila ianya dilakukan oleh orang mukmin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


1. Kenapa perlu berkahwin??
Firman allah ta’ala fi

*surah ar-rum 30:27

“dan diantara tanda-tanda kekuasaan-nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa temteram kepadanya, dan dijadikkan-nya diantara kamu rasa kasih sayang , sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda bagi kaum yang berfikir”

Rasulullah s.a.w bersabda

“ demi allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut diantara kamu kepada allah s.w.t , orang yang paling bertakwa diantara kalian kepada allah,. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat di malam hari dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku maka dia bukan tergolong dalam golongan umatku.”

Imam ghazali berkata ,

“alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab- adab perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan.

Firman allah ta’ala yang menggalakkan hamba-nya mendirikan rumahtangga

*Surah an-nur 24:32

“dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu , dan juga orang-orang yang layak (berkahwin)vdaripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan . jika mereka miskin, allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-nya . dan allah maha luas ( pemberiannya ), lagi maha mengetahui”
Jangan haling seseorang wanita mahupun lelaki untuk berkahwin dengan idamannya.ini perlu untuk mengelakkanperbuatan-perbuatan yang merosakkan.

Hadith riwayat at-tirmidzi dan ibnu majah

“jika datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia, jika tidak akan muncul bahaya dan kerosakkan.”

Antara doa para wali adalah,

“ya allah berikanlah kepada kami zuriat yang mempunyai akhlak yang terpuji dan member ketengangan hati.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


2. Isteri solehah idaman suami??

Rasulullah s.a.w bersabda ( haditth riwayat bukhari dan muslim )

“wanita itu dinikahi kerana empat perkara kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya . tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat”

Rasulullah s.a.w menegaskan,( hadith riwayat ibnu hibban)

“Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya , maka allah akan menjadikannya miskin, barangsiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya malah allah menghinanya, tapi barangsiapa mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangannya , membentengi nafsunya atau menyambung tali persaudaraan, maka allah tentu memberikan keberkatan kepadanya dengan wanita itu dan wanit a itu diberi keberkatan kerananya”

BERSAMBUNG

0 ulasan: